BLOg Nih adalah tempat untuk aku luahkan segala ape yang aku rasa...sesape yg xpuas ati,,suke ati la...sbb nih blog aku k.. kat sini jek satu2 tmpat untuk aku luahkan segala nya...so,,i dont care!!!...blablabla..

Selasa, Januari 11

kau laksana bulan

holla  everyone??
sehat x???
hope korg sume sehat sentiase n ceria selalu..
tajuk entry aku nih cm poyo x??
neway,nih tajuk satu drama kat dlm tv...
korg penah dgr@tgok x?
so,,today aku nak story pasal cerita nih laa..
bagi sape yg pnah tgok tuh,bgus la...
cmne komen korg terhadap drama nih???
xtually,drama nih adalah adaptasi dari sebuah novel yg juga tjuknyer 'kau laksana bulan' karya Aina Emir..

pernah x korg tgok novel nih kat pasaran??
aku nih mnat  bace novel,tp siyesly xpernah pulak terjumpe...
hmmm..mane nyer nak jmpe,p beli novel ponk jrg kan..
selalu pnjam org pnyer jek...xponk pnjam kat library utm nih...
kihkihkih..no wonder la aku xpernah jmpe...kn?
ok..
knpe aku nk sebok2 plak citer pasal drama nih ek??
korg mesti tertanye2...ape??x tnyer??
ish!..xkesah la...
aku nk gak story..

drama nih dah lame sbnrnyer dimainkan kat tV...
tp aku jek yg x amik pot sgt kot..
memula tgok iklan cm best!...
terase nk tgok..tp xde mase..
biase la..student cm aku nih mne ade mse tgok drama2 bersiri nih...xtually,drama sebnyak 13 episod!xdela bnyak sgt!
xtaw la knpe xtertgok drama nih kat tv...
tp semalam,beselaa...
awal2 sem nih..msih xde kje @assignment lagi..
so, ape lagi kje aku ngn yg len??
tgok donload movie laa..~
so, kawan aku nih cdglan tgok 'kau laksana bulan'..
meemula aku xminat sgt..sbb aku dgr tajuk die cm buhsan jek!...mcm cerita lame2..
tp lpas diberitahu hero+heroinnyer,,aku ase minat plak..

hero: zulhuzaimy
heroin: ayu raudhah

padahal aku xde la minat sgt dgn hero tuh..
bese2 jek..!
ex rumet aku mnat la dgn die hero nih!...
episod pertama jek dah menambat hati aku!..
berbunga2 siut!...
mmg lakonan zulhuzaimy dalam drama nih mnjadi!...
aku plak yg xkeruan!
siyesly aku ckp!...
bagi sape yg xtgok lagi tuh,,try la...
boley donlod!..
xponk anta surat kat stesen tv,suh dorg ulang siar!..ahahahhahahah
drama nih mmg menarik!..
jalan cerita ponk not bad!..
mmg sesuai untuk tontonan remaja cm aku nih!.
yg suke layan jiwang karat!...
best!!



jom bace sinopsis cerita nih:-


Kisahnya bermula pada babak Adrianna Johan, 
gadis yang dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana. 
Dia telah memilih untuk berhenti kerja dan menumpukan perhatian dalam bidang penulisan sambil melanjutkan pelajaran untuk mengikuti program sarjana di Universiti Putra Malaysia(UPM).
Walaupun ayahnya sentiasa memberi sokongan, ibu Adrianna, Salmah tidak pernah merasakan bahawa kerjaya anaknya sebagai seorang novelis sesuatu yang boleh dibanggakan. Baginya, lebih elok sekiranya Adrianna bekerja seperti graduan lain dan beri perhatian untuk mencari jodoh.
Rungutan demi rungutan daripada ibunya itu meresahkan hidup Adrianna namun dia cuba memahami ibunya yang kebetulan tidak berpelajaran dan merupakan seorang suri rumah yang lebih suka bergosip dengan jiran-jirannya. Adrianna tidak senang dengan tabiat buruk ibunya dan dia juga sentiasa rimas dengan kerenah jiran-jiran tetangga yang suka jaga tepi kainnya.
Dalam kesibukan mencari perwatakan yang sesuai untuk manuskripnya itulah Adrianna terserempak dengan Firas Ali di dalam tren komuter Nilai-KL. Dengan tidak sengaja, Adrianna terduduk di atas riba Firas semasa cuba mendapatkan tempat di suatu pagi, semasa menaiki tren komuter itu. 
Mereka bertemu lagi beberapa kali selepas itu dan pertemuan itu telah mendorong Adrianna untuk melakarkan watak Firas ke dalam manuskrip novelnya.
Dalam bidang kerjayanya pula, Adrianna yang menggunakan nama samaran ‘Jenna Johan’, merupakan seorang novelis ‘Romance Thriller’ yang sedang mengukir nama dalam pesada dunia penulisan.
Semasa memulakan program sarjananya, Adrianna sedang sibuk menulis manuskrip untuk novel ketiga yang berjudul ‘Penantian di Hujung Kabus’.
Adrianna juga pernah suatu ketika dahulu bercinta dengan Syafik, seorang lelaki yang sebaya dengannya, sejak zaman persekolahan lagi. Malangnya, pertalian mereka terputus ketika mereka sama-sama sedang melanjutkan pelajaran di menara gading. 
Namun Syafik telah muncul kembali dalam hidup Adrianna dengan tiba-tiba sahaja. Kemunculan Syafik itu menggembirakan Salmah, ibu Adrianna yang terlalu suka kepada Syafik dan mengharapkan sangat agar Adrianna memilih Syafik sebagai bakal suaminya sebaliknya kemunculan Syafik telah menimbulkan kekeliruan dalam hidup Adrianna.
Dalam begitu, Adrianna tetap keliru bila Firas berulang kali meminta agar pertalian mereka dirapatkan lagi bukan sekadar kawan biasa tetapi sebagai kekasih. Adrianna tidak mampu melakukannya kerana dia masih terikat dengan bayangan Razif, seorang lelaki yang pernah wujud dalam hidupnya selepas Syafik.
Razif merupakan seorang lelaki yang romantis dan puitis dan Adrianna yang mengenalinya melalui Internet, telah jatuh hati dengannya. Malang buat Adrianna, pertalian percintaan mereka terputus kerana Razif telah meninggal dunia. Malang juga buat Adrianna, kerana kematian Razif telah menutup ruang-ruang di hati untuk jatuh hati dengan lelaki lain.
Keadaan ini merumitkan lagi hidup Adrianna, bila dengan tiba-tiba muncul pula Eizlan yang terlalu mengingatkan Adrianna kepada Razif. Eizlan juga merupakan seorang peminat novelnya yang suka menghantar mesej-mesej puitis dan romantis yang seringkali menggugatkan perasaan ‘wanita’ Adrianna.
Perjalanan cerita di teruskan bila pada suatu ketika nanti, Adrianna dan Firas terpaksa berpisah kerana Firas tidak mempercayai kepada kejujuran Adrianna. Bila berpisah dengan Firas, Adrianna kecewa dan berasa hampa.
Tetapi keadaan terus menekannya dan kerana itu, Adrianna telah bersetuju untuk menerima Syafik sebagai bakal suaminya. Malangnya, perancangan itu tidak kesampaian dengan perbuatan Syafik yang dianggapkan sebagai tidak serius.
Ketika itulah, Adrianna mula memberi perhatian kepada Eizlan. Kerana layanan Adrianna, Eizlan mula menaruh harapan untuk berkasih dengan Adrianna. Tiba-tiba, Adrianna sekali lagi terserempak dengan Firas yang sudah lama hilang dalam hidupnya. Kemunculan Firas kali ini telah mewujudkan perasaan cintanya yang sudah tidak berbelah-bahagi lagi. Mereka memilih untuk mendirikan rumah tangga.
Walaupun itu merupakan perancangan Adrianna, hidupnya menjadi kucar-kacir bila Razif (yang pernah dikatakan meninggal dunia) muncul semula. Dalam begitu, Eizlan terus mengganggu hidupnya. Ke mana sahaja Adrianna pergi, Eizlan menunggunya. Perbuatan Eizlan membuatkan Adrianna menjadi tidak tentu arah.





cmne???
best x sinopsi??
so,,kalau berminat,boley la donlod,,,xponk ikot cdgn aku cm kat ats td..
ok....

~aku wanita biasa~

3 ulasan:

  1. dah baca novel dia
    mmg best gak
    just mcm xsetuju dgn pemilihan pelakon
    macam xberapa kena dgn gambaran dlm novel
    hoho

    sekarang kat TV1 ada drama bersiri trilogi cinta
    drama tu adaptasi 3 novel sharifah abu salem (xigt tajuk ap) yang cerita pasal orang gaji kawen ngn majikan sendiri, kalau pernah baca nama watak dia norjinah dgn razif
    try la tgk :D

    BalasPadam
  2. sharifah abu salem tuh..
    cite ombak rindu xclap..
    hee.
    tp sngt bez!

    BalasPadam
  3. una~yeke??xkene cm gmbaran novel??
    mksdnyer cmne??
    tp for me,kire mntap gak la lkonn zulhuzaimi tuh...
    ehehhee
    trilogi cinta?adaptasi novel sharifah abu salem-->tiada lagi mimpi,xseindah mimpi+xsemanis impian...cter nih saye mmg tgok!...tp pemilihan pelakon yg xberapa nk sesuai..xtaw la..sbb saye mmg xmnt fauziah ghous kot...hehehe

    jiah~ade gak nnti drama tuh..
    tp xknfirm da start ditygkan ke x...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Right Beside You (Love Story in Harvard)..