BLOg Nih adalah tempat untuk aku luahkan segala ape yang aku rasa...sesape yg xpuas ati,,suke ati la...sbb nih blog aku k.. kat sini jek satu2 tmpat untuk aku luahkan segala nya...so,,i dont care!!!...blablabla..

Rabu, Disember 21

Putus cinta; sejauh mana perempuan harus BERDUKA.

Entri kali nih nmpak x kejiwangan aku teserlah? >.<”~ngeee..

ini hanyalah pandangan aku semata2 dari pemerhatian dan juga pengalaman org yang aku kutip..my experience also included.maybe~
so, korg agree ke x?

Kalau ckp psal putus cinta, org perempuan lah yg selalu terluka.bukan la nak kate lelaki xsdey..tapi perempuan tuh kan hati nye lembut..mudah terasa..lagi ponk, perempuan nih jenis yg setia..:)
Anyway, entri kali nih bukan nak mengaibkan mane2 pihak..Cuma mahu berkongsi maklumat dan pandangan. Bukan ape, ade sesetengah perempuan tuh, beriye2 menangisi ke’putus’an ke’cinta’an mereka..ye dak?

Boleh dikatakan, luka hati perempuan lebih lama utk terubat daripada kaum lelaki.setuju ke x?-depends..tapi kebanyakannyer mcm tuh la…lepas break, bnyak persoalan yang timbul kat fikiran org pompuan..


Antara persoalan yang sering timbul kat fikiran org pmpuan lepas break:


1. Betapa aku sayang kat die, ini pengakhirannye?

2. mana aku nak cari laki mcm ko nih..:(
3. 7 tahun( or etc ) aku bercinta ngn kau..family ponk dah ramai tau…npe ko buat aku cmni? (pelamin angan ku musnah sudah….)
4. aku sayang kat ko..ko xsyg aku ke?
5. sape nak aku nnti?
6. aku xkuat nak hidup tnpa die..(haktuih laa)
7. dgn sape aku nk msg lepas nih? Nak talk to, closed to? (ramai yg cengginih)
8. aku xley lupekan die..bertahun aku dgn die…..
Persoalan2 nih la yg membuatkan perempuan murung for the whole of their life.(org laki, xtaw la cmne kan).




agak2, org lelaki kalau murung, cmni ke rupe dorg ek?hihi

But, how should we handle this?

kite sebagai perempuan, xperlu la nak merendahkan martabat kite. Malahan, Allah sendiri telah meninggikan martabat kite sbg kaum perempuan..So, how dare korg pulak nak jatuh kan martabat korg sbg perempuan?~FIKIRLAH..
ade pulak yang merayu2 minta ex dorg smbg balik hubungan..
apedaaa..bukan ko xley hidup tanpa laki ponk..
Bukan kes merayu jek, ade pulak  yang snggup tggu laki tuh bertahun2. (aku ke? Erk..@.@)
xpernah bukak pintu hati utk org lain?perlu ke?hmmm..
apetah lagi yang stalker ex boyfriend… mesti la ramai kan? (stalker xpe, its normal!)…hihihi

Allah tuh dah tetapkan jodoh kite sejak dr azali lagi..

so, buat apela nk sdey bagai nak mati…siang mlm nanges.study ntah kemana, mkn ntah kemana.
jgn risaulah..pasti ada yang dtg bile tibe msenye..itu janji Allah.


Tips elak diri over sedih lepas break:

1. Xpyh pkir sgt yang ko baru lepas break..(chiil up)
2. Ce buat perkara yg berpekdah..

3. Kuatkan semangat.(pokok pangkal hati kite)

4. Mintak doa kat Allah, supaya tenangkan hati kite.
5.  cepat2 cari boyfriend baru!ngeee~


xtaw la tips nih berguna ke x ntok korg. Tapi try la yew..:)

nota: it is just my point of view..(hope u olls enjoyed read it..)

~aku wanita biasa~

Sabtu, Disember 17

haih~

just like im not in the mood all the time..
i dont know why..easy to get angry..why haa?
seriously, i feel like i'll crazy.
oh Allah,help me.:'(



~aku wanita biasa~

benci tapi sayang

assalamualaikum..:)
hye guys?
mesti korg pelik.aku kejap ade kejap xde kat sini kan?
biasalah..sbg seorg pelajar U, pelajaran lebh penting drpd blogging.so, i need to focus on my stdy first..then baru hobi!..xgitu cik kiah??ehhehe
lately nih bz sket..mcm2 kne buat.
siapkan final PSM, stdy utk 2nd test, kelas, prepare for final exam lagi..huih!..
life is too cruel..(stuju x)..ke kite yang kejam dgn diri kite?hmmm
ok lah jgn nak merepek sgt.
berbalik pada topik..
'benci tapi sayang'..ape yang korg faham phrase nih?
xtually, aku ade bnda nak share kat sini, tp aku xnk share terang2an..
nama dan makhluk yang dimaksudkan, aku xperlu mention..sbb nnti mcm2 spekulasi timbul pulak kan..heee..

aku ada ramai *****..aku sayang sume nyer sama rata..tapi, aku ade sorg nih.  Die mcm berbeza sket.tapi aku xtaw kenape die berbeza…
ramai kate aku layan die lain drpd yang lain.
mmg..aku pon rase mcm tuh..tapi aku xtaw kenapa.it is not mean that i'm a *******...
lately nih, aku rasa lain.
aku sayang die..tp pada masa yang sama.aku benci!.
ak xtaw kenapa.
tapi keadaan yang membuatkan aku rasa mcm tuh.
ak xfhm dgn perasaan aku sendiri..arggh!..serabut la...
skrg nih, aku cuba buat biase jek. I’ll try to be the best..
tapi mcm ade jugak yang xkena..haih!...
ape yang aku merepek nih?
ntah la..wutever~



P/S: kite bxkan pernah dpt puaskan hati semua org, cukuplah hati kite puas..



~aku wanita biasa~

Ahad, November 27

Salam Maal Hijrah 1433H

Hye Peeps!
Sedar xsedar, kite dah pun masuk tahun baru hijrah..Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433H semua! dan, sebulan lagi kite akn menyambut tahun baru masihi.masa begitu cepat berlalu. sem 5 kat UTM ponk dah nak berakhir..skrg, sebuk nak prepare study untuk test 2 sekaligus prepare untuk menghadapi final exam sem 5…
next sem, will be the last sem for me insyallah!...then, I’ll be graduated!..yeayyy!


~aku wanita biasa~

Selasa, November 1

kawen awal,trend terkini!~salah ke?

Its November already!..dah nak ujung2 tahun nih, ramai la yang akan melangsungkan perkahwinan masing2 dengan orang yang dicintai. Musim mengawan la katekan…heehehe. Bercakap psal kahwen, skrg, dah menjadi trend dlm kalangan remaja berkahwin awal…(tapi rasenye nih bkn trend baru la, coz org dulu2 yang sebuk kawen awal,,am I rite?) so, boley dikatekan duniaback to the past? So, rase2 kawen awal nih satu kesalahan ke?


Xtually, ak berminat nak kongsi pasal kawen nih bkn ape..ramai kawan aku yg dah kawen..suami belajar, si isteri ponk belajar. Cmne dorg nak adapt dgn suasana tuh ek? Kalu ikot hati aku yang gatal nih, mmg nak kawen awal jugak!..tp aku rase ak x seyakin dorg la…btw, congratez to kawan2 yang dah bersuami @ beristeri…semoga korg dpt tempuh hidup bersama selamanya…aku tumpang gembire..but, jgn lpe doakan aku cepat kawen jugak ek..ehhehehe..




Jom bace artikel nih…artikel nih aku dpt dari sorg kakak senior..die suh aku bace, and xsalah kalau aku kongsi kat sni buta tatapan semua..kn?jom bace!




Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)


Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.


1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?


Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?


2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?


Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.


Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)


3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?


Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.


Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)


4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?


Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.




Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)


5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?


Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.




6. Macam mana dengan restu ibu bapa?


Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.


Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)


Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.


Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)


Nak share blog of one of my friend yang dah kawen, jom stalk!---> yourlifeforme




~aku wanita biasa~

Isnin, Oktober 17

Jangan Terlalu Mencari yang Sempurna~


Jika kamu memancing ikan…… 
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja……
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN…tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU…MENGASIHIMU…dan MENCINTAIMU…
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI…kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA…itu lebih BERMAKNA!“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah kan tumbuh yang hilang kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”



*p/s: JANGAN TERLALU MENCARI YANG SEMPURNA KERNA TIADA YANG SEMPURAN DI MUKA BUMI INI MELAINKAN ALLAH~

renung2kan.~


~aku wanita biasa~

Isnin, September 19

express update

hye guyz!..lame xupdate story dlm laman nih ...
aku ponk sdg sebuk memulakan sem baru kat UTM...alhamdulillah..sudah ponk memulakan sem 5 tahun akhir di UTM terchenta..
now, sedang sebuk mencari maklumat untuk memulakan thesis.almaklumlah..sudah menjadi final year student..so, sebuklah dgn thesis bagai...
secara overall nyer, sem nih mcm xbest..xtaw kenape..org sume seronok sbb dah jd senior..tp aku?buhsan!..tension!..huh..xsuke...
aku harap perasaan nih hanya sekejap cuma...amiiin...
~aku wanita biasa~

Selasa, Ogos 9

ahlan Ya Ramadhan kareem~

Ok...sedar xsedar kite dah ponk msok bulan Ramadhan almubarak..bulan yg mulia, bulan untuk kite umat islam kumpul pahala~
today dah 9 hari kite berpuasa..mase mmg pantas berlalu…kejap jek dah 9 Ramadhan, padahal rase mcm bru jek pose hari pertama hari tuh..
Alhamduliilah, selama 9 hari berpose  nih, aku xpernah ponteng lagi la…tipu la kalau xponteng lgsung kan nnti…dah namenyer perempuan, ade la yg lopongnyer nnti…

bulan pose kali nih kire best gak la sbb fully kat rumah…xkesah la walauponk bukan rumah sendri sbb aku dok rumah makcik ak oleh kerana kerja ka ON nih…atleast kat rumah jugak, sbbb dpt msk juadah berbuke sendri..so far, selama 9 hari berpose nih,ak xpenah lagi pergi bazaar..percaya x?sbb dok umah makcik aku nih,mcm syurga mknn,,,dok 4 org, tp juadahnyer mcm mkn 10 org.makcik aku nih jenis suke hiding lauk bnyak2…tp tukang mknnyer, aku sorg jek…ahahahhahha..makin cumel lah aku dok sni~
tp aku xdela berbuke smpi 10 pinggan..pling standard tuh sekali tmbah la…ehhehe..bg aku, kuih muih xpenting, tp yg penting ayok!..ckp psal air, kalau dok umah makcik aku nih, berbuke dgn air kosong jek…mesti korg kate xnikmat lgsng!..memule tuh aku xboley trime gak la..org len berbuke ngn air sedap2 dengan lelehan ais di permukaan gelas, tp aku buke ngn air ksong jek…lame2 ak bese jek…tp bile balik rembau,,jgn harapla nk mnum air kosong…air sejuk gak la aku teguk!...ehehhehe..

So, dikesempatan ini, aku rase xdela lmbat sgtkan aku nak wish hepy Ramadhan kareeems to all~
Semoga ramadhan kali nih member seribu satu rahmat kepada kalian~..Amiiiiinnnnn…:D

~aku wanita biasa~

Khamis, Julai 14

disebalik Internship Presentation to Genaral Manager

hye all???
mlm nih nak update pasal 'internship presentation dgn GENERAL MANAGER of ON SEMICONDUCTOR'..
xtually, this is the first time yg dorg organize this session,,,selame nih, aku tnye akk kat opis tuh, dorg kate xpenah ade lagi..
so, bg meningkat kan mutu internship program, dorg adekan this session...
bg aku sesi nih mmg patotla diadakan sbb kire sesi suai kenal jugak la dgn seluruh manager, supervisor and of course dgn GM...
memule tuh mmg cuak la kan..maklumlah..nk kne present dpn Bos BESAR! mane x cuak..
selama aku blaja kt UTM tuh, present dpn lecturer ponk kdg2 bdebar..apetah ;lagi dpn bos yg nk menilai kite..
aku dpt taw psal this session ponk dah lmbat..3 hari sbelom..sbb sebok sgt buat report CLOSING.
ade mse 2 hari jek nk prepare material untuk present!...memule rase mcm xsmpt, naseb bek idea dtg cpt!...
alhamdulillah, ape yg aku rncg nk ckp, tekeluar dr mulut...nmpak gaya GM sgt impressed!...mase salam tuh die siap ckp, 'very good, u did a good job! well done''..hati aku berbunga2 ok..
bersyukur sgt dgn die suke presentation aku..igtkan GM nih grg,skema,tp xla mcm yg aku sgka..ngeee..
kalau ade rezeki aku kat ON, aku x tolak!...xsia2,,,aku rase bertuah dpt buat praktikal kat company nih!.


~aku wanita biasa~

Selasa, Julai 5

Dugaan again and again~

Now kat opis..dah 2 mlm xckop tdo!..mngntuk gile buat reporting nih!.xtually, aku bukan nk cter pasal opis,..aku nk story psal dugaan…ari ahad arituh, my daddy was admitted to hospital..asyik2 dugaan dlm hidup aku.tp Alhamdulillah, smlm ayah aku dah discharged.thnx kat kawan2 yg doakan my daddy …

Setiap manusia nih xkan pernah lari dari dugaan, masalah, cabaran, kesempitan..sbb semua itulah yg mengajar kite erti kehidupan..aku tertarik dgn script dr sorg ustaz dlm drama ‘stanza cinta’.lebih krg cmnih la.

bile kate rase susah, rasa terhimpit, bukan kite sahaja yg susah..ade lagi org yg susah dr kite..Allah sayang kite, maka Allah bg ujian kat kite untuk naikkan lgi martabat kite…

Bile difikirkan, bnyak nyer dugaan yg aku terima selama aku hidup..xpernah rase senang..xtertanggung rasenyer!..tp apekan daya, kene jugak tempuh!...bile ikutkan hati, rase mcm xpuas hati..kenapa Allah asyik bg ujian jek kat aku and family..bile difikir semula,aku teringt mksud ayat dlm al-Quran berbunyi:-
Allah xkan bg musibah melainkan Allah tahu org tersebut melalui dugaan dan musibah itu..

mgkin Allah tahu aku kuat..tp kuatkah aku??Allah yakin dgn aku, knpe aku xyakin dgn diri aku??????!!!!
ape2 pun aku ttp bersyukur dgn nikmat mu ya Allah…T_T

~aku wanita biasa~

Jumaat, Jun 24

sv datang~

Hi all.

Today nak story pasal lawatan supervisor UTM (sv) ke office aku..
siyesly, pagi2 lagi aku dah x tentu arah..
xtaw la knpe rase cuak terlebih..bile pkir2 balik, knpe la aku nk cuak sgt..maybe sbb ak xknal lecturer nih..actually, sv aku nih from physics dept.
Mmg xpnah bersua muka ponk kat fak. Padahal fakulti sains tuh xla besar mne…
5 kali aku msuk kuar toilet dek cuak punya psal.
tepat pkol 11pg, Dr Yaacob(sv aku tuh) ponk kol aku…
Bgtaw dah ade kat pak guard.
Makin ketar2 tgn aku..ape nk buat nih..ahahaha
Bos pulak xde for the whole week..so bos wakil kan sorg kakak nih..financial analyst gak..so, die la handle meeting ktorg..korg nak taw x?meeting tuh xlebeih dr 20mnt ponk..skejap giler!..Dr Yaacob yg sgt superb!x cerewet!..xbnyak citer!sng hati aku..siap dapat pujian ag!...”bgus awak nih..smlm 3 tmpt saya pergi, sume buku log xlgkap..awak org ptama buku log lgkap!”..ehehhe..
Ape lagi,kmbg la aku kan…xsgka sv aku xla yg mcm aku sgkakan..sgt baik!nmpaknyer, mc made chance la nk dpt 4flat untuk LI..ehehhe (p/s:jgn over confident ok!) overall, ok la…now, nothing to worry..ada lagi 4 minggu untul ber’LI’..tp xley nk merdeka sgt la..sbb aku kne extend kat company nih atas permintaan bos..so, bersbarlah hidup di ONSemi yg bnyak kje nih…

k la..till then~..nnti story lagi…tata..^_^


~aku wanita biasa~

Isnin, Jun 13

saya DEMAM~

long time x menulis kat sni.
ari nih aku cuti..uhuk*uhuk..amik cuti xtually..saje2..nak menghabiskan cuti yg ade..a'haa!
mesti u all tertanya2 kan?budak praktikal mcm aku ponk boley amik cuti?
memula aku ponk xpercaya..tp dlm company yg aku kje skunk nih, dorg mmg provide cuti untuk trainee..
so, aku ponk ape lagi..buat ape nk tolak rezeki kan? apply jek la cuti..mggu lpas sgt tension dok dlm opis..bnyak kje...
jd, aku rase xsalah kalau aku nk amik cuti..kalau x habeskan cuti, rugi la...ehhehe
sbenarnyer bukan kisah cuti nih yg aku nk hebahkan...tapi???u guys can guest??????

its about NORA ELENA!!!!...

drama slot Akasia kat tv3!!!...
aku jatuh cinta beb!...demam ponk ade..DEMAm NORA ELENA!!!!!!
xtually, aku xtaw ponk cerita nih wujud...dan xberminat lgsng nak amik taw psal darama tv..
sebelom2 nih mmg aku jrg tgok tv...almaklumlah,, balik kje, dah pnt...pkol 9mlm dah tdo..
mmg dunia kje, aku mcm xde life!..bohsan! tp psal NORA ELENA nih, aku dpt taw dr officemate aku...
kat opis, agk kecoh la psal drama nih..
so, aku ponk try la nk tgok2...kecoh sgt kate romatik la, best la....
aku tgok episod 1, terus berminat tgok next episode...
hmmm!!!... aku dah jtuh cinta wehy!... lakonan aAron sgt memukau!.. terkesan weh...

smpi aku rase, aku lah nora dlm citer tuh!...hahahahha over x aku?
untuk weekend nih jek aku mmg xde buat ape la...ngadap youtube,habeskan NORA ELENA smpai episod terkini..xsbr nk tgok next episod ptg nih!...
tetibe aku jatuh cinta kat AHMAD SETH TAN!...awwww!!!
so, pade sesape yg xbercdg nk tgok tuh, teruskanlah cdgn korg tuh k...
jgn tgok!...nnti korg ponk nk jtuh cinta kat Aaron!...ahahahhaa....
alangkah bahagianyer ade org mcm AHMAD SETH TAN (lakonan Aaron)

~aku wanita biasa~

Isnin, Mei 30

update~

lame rasenyer xupdate kat sni.
almaklumlah...
lately nih bz dgn LI..
dah nk msok 4 minggu aku LI kat ON Semiconductor.xsgkanyer sebenarnyer aku dpt join syarikat bertaraf antarabgsa nih.
bak kate pepatah, kalau dah rezeki, xkemana.
alhamdulillah..
kje ponk agk bnyak.mmg bz la..mgkin sbb private company kot..
ade separuh org kate, kalu nk LI, jgn mnx kat 'gomen'...konfirm kje potostat...yeke??
xtawla...
tp so far aku kje kat ON nih, sekali jek aku pgg mesin phtstat tuh...tuh ponk sbb tlg budak office..
bnyak bnda yang aku blaj dduk dlm company nih.pengalaman bekerja...ade sket2 la relate dgn ape yg aku blajar kat UTM..mgkin sbb aku dicampkakkn ke finance department kot.
thats y x bnyak yg aku boley aplikasi..
tp xpe.sem 6 aku bercdg nak amik sbject finance untuk final year aku.hope kat situ nnti, dah mmbntu aku...
sebenarnye, dlm hati aku mnyimpan satu hasrat iaitu, kalau boley aku nak la diserap msuk nnti lpas habes blaja.. dgr2 citer, majoriti yg LI kat ON, akn diserap masok.harap2 aku ponk xterkecuali la..
almaklumla..sekarang nih bukan senang nak cari keje..lagiponk basic payment yg ON bagi ponk agak tinggi..doa2 kanlah....
ok la..mls dah nk merepek..nnti2 ade mse aku update lagi ok...


~aku wanita biasa~

Ahad, Mei 8

HePi MotHer's Day.


happy mother's day to all mothers in the world..
appreciate ur mother!
be a son/daughter who listen to her word as long as she still alive..
respect ur mother!..

bile tgok profile picx sume org kat FB, rata2 boley dikatekan sume letak gmba diri sndiri dgn ibu masing2.
sumpah aku ckp kat sini, aku sgt JELES ok!.
bile bce blog org lain plak, boley dikatekan ade yg story psal celebration mother's day dgn dorg pnyer mom!.
bile tgok TV, sume rncgn ade kisah tntg ibu!.
sumpah aku sgt sdey!.
aku nk UMI!.
tp apakan daya, Umi jauh kat 'sana'..
ape yg aku mmpu lakukan, doa untuk umi..
semoga umi bahagia kat sne!.


to my late mom:
hepi mother's day to my late mom (Zahariah binti Abdul Majid)
thank you for everthing that u have done to me..kkngah syg umi sgt2!.
selama umi hidup, kkngah jrg tunjukkan kaseh syg itu!.
tp jauh disudut hati, kngah syg umi sgt2.
bile umi xde, baru terase sesuatu yg BEsaR dah hilang!.
tiade lagi nasehat umi!
xde lagi bebelan dr umi untuk kngah dgr!.
kngah rindu umi..
hmpir 2 tahun lbih umi pergi tp kngah sikit ponk xpernah lupekan umi...
semoga umi aman kat sane....
may Allah bless u there...
i love u ever after..T_T~


hEpI MotHer'S DaY


p/s: kepade sesape yg bace entry nih, marilah bersama2 sdekahkan alfatihah untuk arwah umi saya..~alfatihah...


~aku wanita biasa~

Selasa, Mei 3

yeayy!

finally,last paper to go!!..(principle of marketing)


siyesly mood balik rome membuak2..
cant wait anymore...
tp still kne bersabar...
walauponk 1 paper jek lagi, tp fokus aku hilang sket demi sedikit,
almaklumlah, paper last bulat2 jek!!..kihkihkih...
but still 40% to catch up!..
xbuley main2...

habes paper esok, i need to settle my LI matter..
mood: cuak nk LI~

p/s: wish me luck untuk last paper esok ok!.

~aku wanita biasa~

Jumaat, April 29

alhamdulillah...

salam..hye all?
today mood ade baik dan ade murung...
murung sbb  baru lpas paper design of experiment..
soalan xde la susah mane..just aku sgt xckop mase nak check semula+ade la soklan yg aku rase sepatotmyer aku dapat jawab, tp xdpt buat.
sgt stress..
tp telah terubat bile keputusan supervisor PSM dah keluar..penat berteka-teki,
jawapannyer sgt mmengumbirakan hati..
finally, aku dpt jugak Dr. Zaitul Marlizawati as my supervisor for PSM.. hope ini satu permulaan yg baik buat aku untuk sem depan (sem5 tahun akhir!!)
sedar xsedar, aku akn menjejak ke tahun akhir...
another 2 paper to go!!..
secara jujurnyer aku ckp, sem nih ak x bajet pointer yg tinggi.
sbb bnyak bnda yg menghalang untuk aku kearah itu..
ape yg pntg skrg, berdoa supaya keputusan sem nih xteruk!.

ok..
untuk PSM, aku xpilih tajuk lagi. tp overview untuk PSM aku adalah operational research..hope lpas pertemuan pertama dgn supervisor aku nnti, she will help me to select the topic...
so, sem depan, akn bersepah2 dah berteraburlah buku2 OR ats meja dan sekeliling bilik aku...@_@


nota: mood~sgt bersyukur kepada Allah s.w.t..^_^"



~aku wanita biasa~

Selasa, April 26

poem~

One song can spark a moment,

One flower can wake the dream.

One tree can start a forest,
One bird can herald spring.
One smile begins a friendship,
One handclasp lifts a soul.
One star can guide a ship at sea,
One word can frame the goal.
One vote can change a nation,
One sunbeam lights a room,
One candle wipes out darkness,
One laugh will conquer gloom.
One step must start each journey;
One word must start each prayer.
One hope will raise our spirits;
One touch can show you care.
One voice can speak with wisdom;
One heart can know what’s true.
One life can make the difference.
You see, it’s up to YOU!




~aku wanita biasa~

Ahad, April 17

stdy week dtg lagi!!!!!....

setelah sekian lame aku x update kat sini,,mesti ramai yg tertanye2 kemanakah aku menghilang??kan??(perasan ramai stalker!)
lpas jek get involve dlm pesta konvo arituh, aku terlibat plak dgn kerja2 dinner jabatan matematik!...mmg bz sgt!...
almaklumlah,,memegang jawatana sbg TIMBALAN PENGARAH program...
so mmg slalu kene p meeting, jmpe org sane sini,,,mcm2 lah!!!...
dan sedar atau x, skarang dah ponk masok stdy week untuk kali yg ke 4!..
dah 4 sem aku kat UTM nih!!..tp jiwa still remaja ok!.
siyes ly, untuk sem nih aku x target high in pointer!,,
sbb kalau diikutkan dgn carry mark,xberapa tough!..ade certain paper jek yg aku rase yakin!.
nih sume sbb gara2 bnyak join aktivit lah nih!.
tp xpe..aku puas hati jugak la sbb kalau kite x cube sesuatu, kite xkn dapat pengalamn tuh kalau kite xmencuba/ merasainyer sendri.!
betul x?so far, aku berpusat hati laa dgn ape yg aku buat..cume tuuh la..aku kne struggle sket untuk final nih!.

ok..skunk jom tgok pic yg aku nk kongsi selama aku mendiamkan diri dr blog nih..jom!














sume picx kat atas nih mse mjlis BBQ merangkap postmortem pesta konvo 46 kat sungai bantang, bekok segamat!


yang nih plak TIMBALAN PENGARAH mse mkn mlm ~de bom~!!!..ahahaha
gmba lain xde, sbb nih jek yg smpat aku amik sndri!!.bZ, xsmpat nk bergamba!



~aku wanita biasa~

Sabtu, April 2

pesta Konvo UTM kali ke 46

hye korg?igt x aku penah bgtaw yang aku bz dgn pesta konvo UTM?
ahaa!.kat sni aku nak share sebahagian pix mse aku get involved dlm diz program!..xtually, bnyak kisah suka duka aku mase dlm organisasi nih.tp still mls nk menulis, so aku tgah rajin nk upload pix jek!.jom larh tgok yew...~
enjoy,!!



jual baju ke nk beli bju?

bersama IRMA HASMIE

aku,aloy,man(crew my tv3)


mytv3 BEST!!!




bersama dafi~


\
 pengarah di interview bersama crew fuhh!






~aku wanita biasa~

Khamis, Mac 31

kesekian kali~

sekali lagi aku kehilangan org yang aku sayang..
untuk kali nih, 3 tahun berturut2 aku hilang mereka yg bermakne dlm hidup aku!
3/6/2009:arwah umi
24/12/2010:arwah nenek
28/3/2011:arwah atok

al-fatihah..semoga atuk aman disana..~
secara jujurnya, aku mmg dah jangkakan yang atuk akn pergi.tp bukan lah waktu dan ketika aku bz dengan kerja aku.
untuk kesekian kalinyer aku xdpt tgok wajah org yg aku sygi kali terakhir.mase arwah nenek aku xdpt balik sbb aku tagh sebok final exam.
untuk arwah atuk?aku bz dgn aktiviti UTM..
terkilan jugak.
tp nak buat cmne. mmg xdpt dielakkan.
untuk saudara mara, maaf xdpt bersam uruskan jenazah dan mjlis tahlil..
xtually, atuk meninggal selapas 3 bulan arwah nenek meningaal.
aku xjgka secepat tuh..
atuk pergi menyusuli nenek..
hmm..:"( sgt sdey kalau dikenangkan..tp perlu aku igt,ajal maut ditangan Allah...
selepas arwah nenek meninggal, atuk mcm hilang arah..nmpak die sgt down!!..mmg dari dulu aku rapat dgn arwah nenek dan atuk..dan mmg nampak yang atuk cant live w/out nenek.
tp nenek pergi jugak...
then atok just like not eager to live anymore.
lame2 atok jadi murung..depressed sgt2.
then doktor sahkan yang atok mengalami strok di bgian otak..
he cant speak and give any reaction to us.

lpas 2 bulan die mcm tuh, akhirnye atok tinggalkan kami..
bile tgok keadaan atok mse die sakit, hati aku sgt sdey!..
mcm xpercaya mase pntas berlalu..
aku igtkan untuk raye tahun nih aku cume xde nenek + umi..tp atuk ponk pergi tinggalkan kami...

atok???semoga roh atok aman disana..kngah doakan atok bersama org2 mukmin...amiin..~



sayang atok~!!!

~aku wanita biasa~

Rabu, Mac 30

"coretan Ami Ag" di "StOrY oF MiNe"

dari sahabat untuk sahabat..
Ami ag mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada nadzirahnazri di atas kesudian saudari memberi peluang untuk menconteng arang di "Story of Mine" ini.. Ami ag juga berterima kasih kepada saudari kerana menjadi sahabat saudari.Harapan Ami Ag agar persahabatan ini berkekalan sehingga akhir hayat kita bersama.Ami Ag juga amat terharu apabila saudari sanggup menjadi driver Ami Ag terutamanya seminggu kita bekerjasama dalam pesta konvokesyen 46. Selain itu, pesanan Ami Ag buat Nadzirahnazri agar saudari dapat menolong Ami Ag lagi terutamanya dalam menjayakan apa segala jenis assignments , pembelajaran Ami Ag, menjadi driver Ami Ag lagi dan menolong Ami Ag dalam segala hal.Ami Ag sangat terharu mempunyai sahabat seperti Nadzierahnazri yang hanya satu dalam bejuta...Semoga Nadzierahnazri juga terharu -_-".

                                                                                                                                 sahabatmu Ami Ag,

Rabu, Mac 23

entry kejap~

sori..gler lame x update entry kat sinih!.
sgt bz dgn urusan dunia...
test,assignment,quiz, dan jugak PESTA KONVO kali ke 46!
siyesly,,sem nih aku agak aktif laa dlm prgram U..
pertama kali involve..mmg best!..tp, pnat!
so, memandangkan aku dah jadi sebahagian dr seketeriat konvo, aku nak jugak la promosi pesta konvo UTM kali nih!...


 bnyak aktivi menarik!...so,jgn lpe, mne yg dkat tuh meh mai pakat2 dtg pesta konvo!....;)



~aku wanita biasa~

Isnin, Mac 14

iktibar tsunami 11/3/11

tanggal 11 Mac 2011 berlaku peristiwa yang menggemparkan dunia
sekali lagi kite dikejutkan dgn berita Tsunami melanda+gemba bumi kire2 8.9 skala richter. tapi kali nih kat negara Jepun.
Ya Allah,betapa besar nyer kuasa Mu..
aku terpikir, cmne la keadaan mereka mangsa2 tsunami kat sane..
ape perasaan mereka ek??
mesti takot+trauma kan...


aku terpikir, kalau lah Malaysia yg kne, (nauzubillah) mane la kite nak lari kan...
ape yg mmpu, kite juz tawakal kepada Allah..
itu lah petunjuk yang Allah bg untuk kite beringat...
dah la tsunami kat Jepun  nih berlaku hari jumaat...
dalam alquran dah sebut, hari kiamat berlaku hmmm...


"Ia berlaku semasa bumi bergoncang dengan sebenar2 goncangan. 
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur2nya.
Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran"..(surah al-Waqiah)


takotnyer...
Semoga kite mengambil iktibar dari ape yang berlaku...
mungkin ini salah satu tanda? petunjuk dari Allah...
ataupun bumi telah menunjukkan protes kepada kite...
renung2kan....




Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yg ini
Melainkan dengan bermunajat kepadamu
Tiada indah suatu hari yg Aku lalui
kecuali dengan patuh kepadamu


Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut namamu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan kempunan mu

Ya Allah Tuhanku
Yg merubahkanku
Tetapkanlah hatiku Moga sentiasa
Dalam Agamamu
Jua taat akan perintahmu

Tuhan 
Usah bebankan kami 
Dengan bebanan yang berat
Seperti
Yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu Dari kami

Tuhan 
Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami.....


~aku wanita biasa~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Right Beside You (Love Story in Harvard)..