BLOg Nih adalah tempat untuk aku luahkan segala ape yang aku rasa...sesape yg xpuas ati,,suke ati la...sbb nih blog aku k.. kat sini jek satu2 tmpat untuk aku luahkan segala nya...so,,i dont care!!!...blablabla..

Isnin, Februari 28

SMOKING KILLING YOU!

baru teringat!,,
3 hari lepas, aku ade gaduh dgn sorg mamat yg aku xkenal kat dlm FB!
korg nk taw x aku gaduh pasal ape???
cube teka??
apekah perkara yg membolehkan seorg lelaki tegar mempertahankan diri / rase mcm tercabar dgn perempuan???
dapat teka x???
hmmmm...
it's about cigarette...
very funny!..
boley die nk gaduh2 ngn aku??
mmg emo btol mamat tuh!..
dan xpsal2 aku ponk jd emo psal isu nih!....

so, kat sini, aku nk share sket information pasal rokok!..
guys yg kat luar sane(perokok tegar) yg terbace post nih, jgn emo2 k..
aku just kongsi ape yg aku bace!...

'Fatwa beberape ulama muktabar menyatakan, hukum  merokok adalah HARAM dan ianya jelas dinyatakan berdasar firman Allah S.W.T yg bermaksud, 
"Dan janganlah kamu menjathkan dirimu sendiri dalam kebinasaan dengan tangan sendiri dan berbuat baiklah."(Al-Baqarah:195)
serta, firman Allah S.W.T lagi dalam surah Al-A'raf ayat 157, "Dihalalkan atas mereka apa-apa yang baik dan diharamkan keatas mereka apa-apa yg buruk".

jadi??
bagi yg merokok,fikir2kanlah...
adakah anda rase merokok wajar diamalkan..
kalau difikirkan semula,,
adakah rokok yg anda hisap memberi kebaikan kepada diri anda????
ianya bukan saje effect diri anda, tp juge org sekeliling anda!!..
renung2kanlah...



note: aku taw, ramai perokok xpuas ati dgn entry nih!..aku pasti!..
tp nih ntok kebaikan korg dan org keliling korg!..sorry..;)
~chill.

~aku wanita biasa~

muhasabah diri~

hye blogger?
lame x ketemu ya?
lately, bnyak benda yang yg menganggu fikiran aku.
bnyak perkara yg jadi.
perkara yg menyesakkan otak dan kepala.
mungkin Allah nk uji/duga keimanan aku terhadap Dia.
sesungguhnyer, Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

ok!..berbalik pada tajuk entry,
td aku borak2 ngn member aku..
buat luahan hati la lebih kurg...
tetibe, aku terfikir,,
bnyak bnda yg kite xpuas ati terhadap org lain...
ade jek bnda yang kite tgok kat org tuh yg xkene dgn mate kite...
agaknyer, mcm tuh la org tgok kite kan??
dan aku ponk terfikir,,kenape kite jd mcm tuh ek???
hmmmm....
ape yg pnting sbenarnyer, cube kite letak diri kite pada org yg kite pndg tuh..
ape reaksi kite/tindakan kite terhadap situasi yg kite xpuas hati tuh!..
agak2nyer kite akn lakukan perkara yg same ke x ek????kalau x? baguslah...

manusia x semuanyer perfect!..
kite ponk manusia, so? same2 lah kite perbaiki diri kite...
insyallah. akan ade ketenangan kat situ...^_^"




~aku wanita biasa~

Isnin, Februari 21

tudung vs bonggol unta.~trend masa kini..


Hadis : Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :

"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim).

Ada yang menyatakan seperti ini........

 Hadis yang menyatakan seperti bonggol unta itu ditujukan kepada perempuan-perempuan yang tidak menutup aurat secara sempurna. Mereka memakai pakaian yang nipis-nipis mahupun ketat-ketat sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh dan warna kulit. Pemakaian seperti ini adalah dilarang sama sekali oleh Islam terhadap para wanita kerana seolah-olah mereka semacam bertelanjang juga.
Sanggul rambut di kepala yang selalu para wanita memakainya bukanlah membawa maksud seperti hadis di atas secara mutlaknya. Boleh sahaja untuk memakai sanggul asalkan tidak mendedahkan aurat di hadapan lelaki bukan mahramnya.dan pendapat lain adalah seperti berikut:-


Ulama' Syafie menyatakan bahawa mengkerintingkan rambut adalah perkara yang diharamkan melainkan sekiranya sudah berkahwin dan diizinkan oleh suaminya.
Imam Ramli (Ulama' Mazhab Syafie) berkata dalam kitabnya Nihayatul Muhtaj :
"Dan diharamkan seorang wanita mengkerintingkan rambutnya. Sekiranya wanita itu mendapat keizinan suaminya (bagi yang bersuami) atau tuannya (bagi hamba) untuk mengkerintingkan rambutnya maka diharuskan. Ini kerana suami ada hak untuk mendapat perhiasan pada isterinya. Ini disebut dalam kitab Radatut Tolibin oleh Imam Nawawi (Jilid 2 ms 25)

Menurut ulama', seperti mana haram mengkerintingkan rambut, begitu juga dengan meluruskan rambut.

SEBAB PENGHARAMAN

Ada dua sebab bagi pengharaman ini. Ianya adalah seperti berikut:

SEBAB PERTAMA : PENGUBAHAN

Rasulullah saw bersabda :
“Allah melaknat orang yang membuat tatu dan orang yang ditatu,pencukur kening dan orang yang dicukur kening,orang yang merenggangkan gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah” (Hr Bukhari Muslim)
Definasi pengubahan ciptaan Allah adalah seperti berikut :
“Membuat perubahan kekal pada anggota yang normal"
Menurut ulama , kekal disini tidak semestinya kekal selamanya. Pengubahan yang memakan masa berbulan-bulan juga dianggap sebagai pengubahan yang diharamkan sekiranya untuk kecantikan.

SEBAB KEDUA: PENIPUAN

Muawiyah berkata :
"Sesungguhnya Rasulullah saw menamakan rambut palsu sebagai penipuan."
(Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)
Bagi pengubahan rambut dengan teknik ini dianggap sebagai penipuan kerana manusia nampak seperti elok rambutnya padahal sebaliknya.

Kesimpulan :
Pengharaman ini untuk pengubahan yang ketara, dilihat jelas perbezaannya. dan berkekalan lama Adapun perubahan yang sedikit dengan bersikat, menggunakan gel dan dandanan rambut itu tidak dianggap perkara yang diharamkan. 
Malahan ini perkara yang disunatkan. Nabi saw bersabda:

"Sesiapa yang memiliki rambut hendaklah dia muliakannya." (Hr Abu daud - hasan sahih)

Rujukan: Nihayatul Muhtaj oleh Imam Ramli, Hafluz Zafaf Fil Feqhil Islami oleh Rafif Abdul Aziz Sabag, Al-Jarahah at-Tajmiliah oleh Dr soleh Fauzan.

Apa yang jelas di fikiran saya sekarang ini adalah pendapat yang kedua berdasarkan tulisan yang telah saya highlightkan.. Apakah ianya benar?
Sekian sahaja buat masa ni. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Wassalam.
Ingatan kepada semua, wanita yang tidak menutup aurat adalam dosa dan haram perbuatan tersebut. Wanita yang bersanggul tinggi yang tidak menutup aurat adalah dosa dan haram sepertimana dinyatakan oleh hadis yang pertama di atas. Masalah ini beza dengan wanita yang bertudung, tetapi mempunyai sanggul tinggi di dalam tudungnya.

Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik.


Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.

Jika dilihat dari trend orang sekarang ini berfesion seperti sanggul tinggi dan fesion tudung yang semakin hari semakin menjadi-jadi fesion tersebut. Pendapat saya, jika fesion tersebut tidak melanggar hukum Islam atau syariat Islam tidak menjadi masalah. Kalau ia melanggar syariat Islam walaupun bertudung, tetapi berpakaian ketat seolahnya bertelanjang sepertimana yang ada sekarang, maka itu menjadi haram.


~aku wanita biasa~

Ahad, Februari 20

attention!!

HYE ALL...
entry kali nih nak share dgn korg satu perkara yang aku rase sgt penting ntok kite...
pasal panadol + paracetamol...
xtually,aku ade terbace td psal panadol n paracetamol...
bnda nih mmg aku dah taw dr dulu..
tp lpas terbace post salah sorg friend aku kat Fb, baru aku terfikir, y not aku share kan maklumat nih dgn u guys!...

entry  nih pasal keburukan bile kite amalkan mkn panadol @ paracetamol...
ade org yg jenis, bile sakit jek, mesti nak mkn panadol..
mesti nk jmpe dctor!...
tp laen plak dgn pe'el aku...
aku mmg anti ubt!.
terutama ubt hospital!..
sbb aku yakin,,
die bukan menyembuhkan,,,tp mengurangkan kesakitan....
bnyak bahan kimia yang ade dlm ubt!...
cbe kalau kite tgok org dulu2,
mne ade ubt2 canggih2 mcm skrg..
tp dorg sehat.!
sbb cara mknn dorg brdasarkan kar2 kayu dan tumbuh2an smulajadi...
kalu org zaman skrg, sakit sikit jek dah sebok2 cari panadol...

kalu korg nak taw,doktor yg merawat kite ponk x mkn panadol!...sbb dorg taw ape kndgn yg terdapat dlm ubt2 tersebut!...
jom bace artikel nih!...

"Doktor memberitahu, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis Painkiller? semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda.. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang Biasa?ini ke dalam mulut anda.

p/s:igt2lah sbelom memasukkan ubt dlm tubuh anda..so,,.apa komen korang.??


untuk tubuh badan yang sehat, 
 dont simply take panadol & paracetamol!!
\Say NO to PANADOL & PARACETAMOL!!


~aku wanita biasa~

mengintai cinta Rasulullah s.a.w

bismillahirahmanirrahim......
salam..;)
baru balik dr ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat kolej..
alhamdulillah...
aku berkesempatan menghadirkan diri....
ceramah disampaikan oleh Ustaz ahmad Ubaidillah b. Alias..
agak best la...
pandai Ustaz nih tarik minat ktorg nak dgr ceramah die..
bnyak selit kan cerita2 @ kesah hidup Rasulullah yg boley di relate kan dengan hidup harian kite...




kat sini, aku nak share la serba sikit cara hidup Rasulullah,.
cube kite bndingkan dgn cara kite,,,,
jom.!!!


1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan sholat sunah dan sholat Fardhu, sholat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah SWT
- Kesegaran udara subuh yg bagus untuk kesehatan / terapi penyakit TB
- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan.


2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah SAW selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari kamis atau Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi. “Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman” (HR Muslim).


3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasulullah SAW : “Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)“, (Muttafaq Alaih).
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesehatan.


4. GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah SAW selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.


5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah SAW: “Jangan Marah” diulangi sampai 3 kali. Ini menunjukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta ‘awwudz, karena marah itu dari Syaithon
- Segeralah berwudhu
- Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati


6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT.


7. TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabilitas hati & kesehatan jiwa, mentalitas maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.
:Ya Allah,bersihkanlah hatiku dari sifat sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat sifat mahmudah.

so??renung2kanlah,,,,
~aku wanita biasa~

Sabtu, Februari 19

satu cinta by starfive!


Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Engkau satu cinta
Yang s’lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan…

Oh Tuhan… s’lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia




~aku wanita biasa~

Khamis, Februari 17

what u give u get back!!!!

and also,

what u get is what u give..!!!


*p/s: ingatan untuk diri sendiri dan juga para sahabat!

~aku wanita biasa~

Selasa, Februari 15

salam maulidur Rasul...


salam Maulidur Rasul buat semua..;)
marilah kite memuliakan Hari Keputeraan junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W dengan perbanyakkan berselawat ke ats baginda...
semoga kite mendapat syafaatnya..
insyallah...;)


Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: -
"Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.


~aku wanita biasa~

Isnin, Februari 14

say NO to Valentine Day!!!...

hye..^_^"
lame xmenulis kat sini..
rindu aku x???hehehe
xtually,aku baru balik dr klas PDE..
arinih kluar awal sbb lecturer tgok semua mcm xley go on dah!...
aku ponk same..
aku rase lost tgok nota Prof..
mcm xfhm!!..
xtaw la knpe..
maybe sbb arinih ari isnin kan!...
so..MONDAY BLUES lah kan!...ehhehe...

ok..hari nih berape hari bulan ek???
14 FEB 2011..!!
kalau org yg berchinta msti akn igt dgn tarikh ni??
yekew??
depends on the couple larh..
ade ape dgn tarikh nih??
ahaa!..
aku rase sume dah sedia maklum!
its a VALENTINE DAYS!...
tp???
dalam islam,kite sebagai penganutnyer DILARANG menyambut Valentine days..
sbb ini adalah hari yang disambut oleh org2 barat!...
ianya tidak patut diraikan sama sekali!...

Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) 
dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), 
yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.

so??kite sebagai umat Islam,wajarkah kite menyambut hari ini???renung2kan~

tp,ade plak yg kate,'just nak tunjukkan kasih syg je'..xlebey dr tuh!..
ok..fikir balik!..benarkah sambutan ini hanya tunjukkan kasih syg sahaja..?
kite berbalik semula kepada ajaran Islam!..
Rasulullah s.a.w telah bersabda..

Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

so??
terang2 dah dinyatakan kalau kite mengikuti ajaran kaum lain yg bertentangan dgn ajaran islam,maka die termasuk dlm golongan tersebut!
fikir2kanlah!...
dalam islam,setiap hari adalah hari kasih syg!.
ya!..xsalah nk tunjukkan kasih syg,tp bukan pada hari valentine sahaja!..
ape yg pnting,perkara yg terang2 salah itu,kite harus tinggalkan!..sbb xnk lah mendatang kan fitnah keatas diri kite.!
jadi???
say NO to Valentine's Day!!!!!


wallahua'lam....

*note: sekadar ingatan untuk diri sendiri dan juga untuk sahabat2,,::-
dalam islam,tiada istilah cinta sebelom nikah.~
kalau dihayati dan diteliti, betapa indah dan nikmatnyer cinta slpas nikah..~


insyallah,,aku akn buat next entry pasal "bercinta selepas berkahwin"!..tunggu!!!~


~aku wanita biasa~

Khamis, Februari 10

xde ape-ape~

hye all..
td aku ade test PDE...
ini adalah first test aku untuk sem nih..
sgt mendebarkan...
xtaw knpe...
rase mcm xpenah amek test plka sbelom nih...
huiyo!!..
da la xsmpat double check!...
naseb bek smpat siap semua...
tp xtaw la betol 100% ke x kn!...
yg pntg,aku xnk over confident!...


ok!...
kat sni just wanna tell u guys,,
bile dah balik UTM,,
mmg jrg la aku nk update entry yew..
bukan xde story...
xtually,,ntok 3 hari lpas cuti cny nih jek bnyak bnda aku nk story..
tp,,ke'bz'an melanda...

mood nak menaip ponk berkurgn!...
so,,pndm jek la...
later ade mse aku update ok..;)
daa~


~eh??bru perasan,,lme gak aku xshare photo terbaru aku kn???haa..jom tgok lew minah poyo nih!...~


~aku wanita biasa~

Isnin, Februari 7

demam polka dot????!~

tdi tgahri,tgok wanita hari ini..
tjok yg dibincgkan adalah 'demam polka dot'...
tp,dalam hati aku tertanya2..
yekew skrg dmm polka dot??
xnmpak ponk ramai yang berfesyen/bergaya dgn corak nih..
xtaw la kan kat tempat lain..
tp,,so far kat JB o sekita UTM,xde lagi la..
kat rembau apetah lagi kan???kihkihkih...
bagi aku,aku xberape minat sgt corak polka dot nih..
dulu mse kecik2 bnyak la...
sbb bg aku,corak polka dot nih sesuai untuk kanak2 o budak2 jek...
xsesuai dah ntok org dewase..sbb polka dot nih nmpak funky+comey2 jek...
mcm kelakar plak kalau org dewase pkai..

tp tadi,ade lah sorg desidner nih..aku xigt la nme die...
die ckp,corak polka dot nih sesuai untuk sume lapisan umur..tp,depends on how big the dots! and also depends on the colour!.
so,lpas nih aku kene la tukar persepsi aku nih.....
corak polka dot nih bukan hnyer kat baju..tapi jd hiasan kek jugak!..;)

haa??!nih sape plak in polka dot nih??ish3x..

*note: i'm wondering,,cmne klau lelaki pkai baju or pants corak polka dot...mesti 'comel' kn???kihkihkih

~aku wanita biasa~

Ahad, Februari 6

bile cuti perayaan jek mesti jam!.

ntok pengetahuan korg,aku still ag kat rumahku terchenta nih..
org lain sebok balik kolej,aku jek maseh kat umah lagi..
smbg cuti sendri...
nih sume gara2 tiket abeh!..
huh!..
so,,buat cuti sendri jek la..due hari plak tuh!..
ehhehee..;)
seronok mmg seronok!...tp tuh la...syg plak skip kelas,,,mesti bnyak yg tertinggal!..
tp xpe...
insyallah,,aku boleh catch up!..(ayat nak sdpkan hati)

so,,bile dah x balik JB nih,,keje aku anta org len balik la..
td,aku p anta adik aku yang no.4 tuh balik kem die..
kat kem karisma,kole pilah!...
huh!...
mase nk pegi boley tahan la xjam!..
mase nak balik tuh,on the way nak p sbn,stuck 3jam dlm jam!...
kole pilah ponk boley jem???!
pelik2!..
xtahan btol..
rase dah kematu dah punggung dok dlm kete!...
tp naseb bek ade hp aku yg xberape nak changgih tuh!..
ape lagi,,snap la gmbo2 kat sne..!
aku rase dah mcm foreigner dah..mcm orang luar yang melawat kg org!..
ahahhaa...
yang kesian nyer my daddy la..
die yg drive....
nseb bek kete ktorg tuh auto!..
kalau x,,
mmg bengkak la kaki my daddy!!...

xtually..bukan hanye kat kole pilah jek yang jam!..
on the way nak balik rembau ponk jam!..
di sepanjang jln menghala ke seremban!...
huh!...
rakyat malaysia nih mmg kaya2 laa..
bnyak kete!.
stiap kali cuti perayaan jek mesti jam..
yang aku pelik tuh,,
dorg nih xserik2..
dah taw setiap kali cuti mesti jam..
xnk pulak dorg bertolak awal...
hmm..
atleast bile bertlak awal,smpai ke destinasi nyer ponk awal la...
boley rehat awal...
esok nk p keje xde la penat!...
betol x???
mgkin dorg nak abeskan mse lame2 sket ngn family dorg...(think +ve jek laa)
hehehe....
xkesah la..
yang penting aku selamat smpai ke rumah!..
alhamdulillah....


*note: picx yang aku amik mase jam td tuh ak upload kemudian la yew...
mls nk transfer,,,^_^"



~aku wanita biasa~

Sabtu, Februari 5

menggemokkan badan lagi~

hye all??
arinih aku try buat apple crumble dgn banana crumble..
xtually,,kklong yg sebok sgt nak mam apple crumble tuh..
nih sume sbb tgok citer  'kau laksan bulan' la nih..
nih first try aku...
naseb bek menjadi!...
mmg sdap la kan....
ok..
jom tgok resepi nyer!!!
Apple crumble


Bahan-bahan
Untuk Crumble
  • 150g tepung gandum
  • 50g gula
  • 110g butter sejuk dr peti ais
  • sedikit garam
  • Untuk Inti
  • 3 biji epal - kupas dan potong dadu/slice
  • 2 sudu mkn gula perang
  • ½ sudu kecil serbuk cinnamon
Cara-cara
  • Satukan semua bhn crumble sehingga menjadi serbuk breadcrumb. ketepikan.
  • Dalam mangkuk lain, satukan semua bahan inti dan gaul sebati. Masukkan ke dalam
  • mangkuk tahan panas yang telah dilengser dgn sedikit butter.
  • Masukkan inti. Tutup inti dengan menaburkan crumb tadi.
  • Bakar suhu 180 hingga kekuningan lebih kurang 30-40min.
  • Hidangkan dengan aiskrim atau sos kastad jika suka. Kalau suka makan sejuk, masukkan peti ais terlebih dahulu                                        
ok!..skunk jom tgok resepi banana crumble plak...
bahan2 nyer lebih krg jek..just ade penambahan sket2 jek!...
jom tgok!....
Banana crumble



bahan2 doh
  •          250gm mentega
  •         150gm gula ising
  •        1 biji telur
  •          350gm tepung gandum
  •          1 sudu kecil esen vanila
  •          Pisang emas secukupnya
cara menyediakan doh     
  •      Pukul mentega dan gula ising hingga tepu
  •      masukkan telur dan kemudian masukkan tepung dan esen vanilla
cara membuat
  •         Ratakan doh setebal 1/2 cm di dalam dulang pembakar yang telah di griskan dengan mentega
  •          Setelah rata,susunkan pisang emas yang masak ranum rapat-rapat
  •          Parutkan lebihan doh tadi di atas pisang yang telah di susun tadi.
  •          Taburkan gula pasir di atas doh yang di parut tadi
  •          Bakar dalam ketuhar 160c/320F selama 30 minit
haa???!!!amcm??terliur x???
cubelah k..
mmg best!....
selamat mencube...^_^"

~aku wanita biasa~

Jumaat, Februari 4

~puteri mandi~

selamat ptg bloggers!!...
bru lpas buat minum ptg..
menu ptg nih,puteri mandi!...
xtually,this is my first try...
sbnrnyer,,bukan nk buat puteri mndi..
mule2 pg td cdg nak buat kueh buah melaka a.k.a kuih kelepong a.k.a onde-onde...
tp, rase bile pns2 nih sdap buat manisan yang berkuah!...
ape lagi,terlintas la puteri mandi...
lagponk,,bhn2 nyer lebih krg same jek...
just rupe jek lain!...
















resepi puteri mandi : -
Bahan
2 cawan tepung pulut
air daun pandan
pewarna merah.
1/2 cawan gula merah
gula pasir secukup manis
daun pandan disimpulkan
santan
garam

Cara
1. Ambil 1 cawan tepung pulut dan dibancuhkan dengan air daun pandan, garam.
    (ulang step 1 dgn pewarna merah.)
2. Buatkan saperti doh onde-onde.
3. Sediakan periuk berisi santan dan simpulan daun pandan. Masakkan sehingga mendidih.masukkan gula perang, gula pasir dan masakkan sehingga mendideh dan pekat.
4. Buatkan sebola kecil dan penyetkan ditengahnya supaya leper (mcm platlet darah)
5. Masukkan bebola kecil dalam periuk berisi air santan dan bairkan ia timbul.
6. Bila sudah timbul,ia siap dimsk!!...boleylah dihidangkan...
 


p/s:boleh dihidang pns2 atau sejuk!...
mmg sdap!.....^_^"
selamat mencuba...~



~aku wanita biasa~

Khamis, Februari 3

cinta jauh usia~

hye readers...
tgok pade tjok entry nih,ape korg pnyer pndgn?
tp, jgn pkir len plak..tajok nih bkn fokus kat aku ok...ehhehe..
xtually,,tajok nih aku ambil dr rncgn 'semanis kurma',tv9...
berminat plak nk komen...

bagi aku,xsalah kalau kite dah terpikat dgn org yg berumur...
dan ntok aku,aku lebih prefer lelaki yang lebih tua dari aku..
tp xnk la tua sgt..lebih krg 2-5 tahun lebih tua..
org skrg nih suke jage tepi kain org lain..
bile khwen tue sgt,bising!...
bile kawen muda,,nnti habes di canangnyer satu kampung!..
bagi aku,lelaki mestilah lebih tue dari wanita tuh..
sbb lelaki nih lmbt matang!..kalau yg muda sgt nnti,payah!...
lagi ponk,dalam islam ponk dah ade panduannyer...
mmg digalakkan wanita kahwen dgn lelaki yang berumur lebih 1-5 thun dr wanita tersebut...
kat sni,bukan lah aku nak kate yg perempuan xley kahwen dgn lelaki muda,,tp mcm xsesuai la..
tp kalau dah jodoh,,nak buat mcmane kn...
jodoh pertemuan Allah yg tentukan.
sbb kalau kite tgok bali sejarah isalm dulu,saidatina Aisyah ponk kahwen dgn Rasulullah yg usiany lebuh tua dari Rasulullah.
so,ape2 ponk,,ia bergantung pada rezeki individu tuh..

gambar sekadar hiasan

kenapa lelaki perlu tue(1-5 tahun) dari wanita:
(nih dr segi pandangan aku k..)

1) lelaki lmbt mtg..
2) kalau pilih lelaki yang lebih mude,xmustahil taraf pendidikan jauh berbeza...
cth:si wanita dah ade phd,tp si laki baru nk amik degree..
3) lelaki muda kuat merajuk!...kite nk majuk ponk susah...ehehhe
4) lelaki tue bnyak pengalaman...bnyak nasehat dan paduan yg kite ley dpt dari die..

haa??! korg stuju x dgn pandgn aku nih???
xkesah la stuju ke x,sbb nih pndgn aku...
bnda nih kan subjektif..
depends cara msing2 berfikir.

*note:ape2 ponk,,umor xpenting kan???yang penting saling melengkapi antara satu sama lain dan saling sayang menyayangi dan hormat menghormati...


~aku wanita biasa~

Rabu, Februari 2

(♥_♥)




I am not the kind of girl
Who should be rudely barging in
On a white veil occasion
But you are not the kind of boy
Who should be marrying the wrong girl 




~aku wanita biasa~

housepital~

morning all..
seperti yang dijanjikan..
aku nak tulis entry pasal my daddy masok wad..
bnda nih jadi pkol 12suku pagi sbtu...
xtually,ayah da mengadu sakit dr ptg jumaat tuh..
just aku ugt sakit biase..
xsgka plak mlm tuh makin teruk.
lpas solat mghrib,ayah suruh kol kawan die dtg urut.
aku ponk kol la..
lpas tuh seem like he's getting better..
then lpas dinner,ayah trus tdo..
ak ponk hari tuh msok tdo awal..
ngntuk plak.
then,pkol 12suku tuh,ayah aku kejut kate die sakit kepala sgt2..
aku try picit2 kpale die..
& assuming bile aku urut tuh,redha la sakit die mcm biase..
tp x!...
die kate kpale mkin skit.
aku terus masak air.bagi ayah mnum air panas...tp still mcm tuh jugak..
dlm hati nih mmg da risau sgt la...
ayh suruh aku kol kakak die..kire maklong aku la ntok bawa die p klinik.
tp aku xnk menyusahkan dorg..sbb mesti dorg dah tdo time tuh..
aku ponk suruh ayah aku bsiap.
aku dcide nk anta ayah sendri p klinik..
lgponk bukan jauh sgt ponk...(mule2 nak anta klinik rembau jek!)
then,lpas ayah nek kereta,aku ponk grak p klinik kesihatan rembau..
smpi jek sane,jaga klinik kate,MA xde..die ade emegency lain!...
huh..!!..dlm hati aku,kenapa laa ade satu MA jek!..igt org tuh jek ke emergency???aku ponk emergency la!...
then jaga tuh suh p klinik pedas!...
aku ponk ape lagi..
terus la pecut p klinik pedas.
sampai2 jek, nih lagi dahsyat!..
bukan dR. xde ke ape..
pintu pagar besar siap berkunci lagi!.
mmg sakit hati la kan!...
sabar jek la...
then,ayah aku ajak p klinik tampin..
tp mmndgkan aku da smpai kat PEdas time tuh,aku terus pecut kereta aku anta ayah p hospital seremban!..
haa!.amik ko..
aku ase,kalah ambulans kot aku speed.!..
sampai2 jewk sane,aku suruh adik aku teman ayah aku kat emergency room..
aku p cari parking!..
naseb bek xsusah!..
aku masok emergency room tuh,tgok ayah aku da kene sedut gas!..
ttbe die sesak nafas!..
huh!..
sabar jek la..
bile dR. check bp(blood pressure),sangat la tinggi!..
aku ponk tgok terperanjat!..
177/111..
huh!...
satu angka yang tinggi!.
then,die mngadu sakit kepala lagi..
dR. dcide nak buat ct scan ntok brain sbb lpas aku jelskan yang ayah aku pernah operate kepala sbb saluran darah membengkak!..
tp tuh da lame laa..
mse tuh aku kecik lagi..
anggaran dlm 13 tahun yg lpas..
then,dR. ajak aku tgok result ct scan tuh..
everything's ok!.
alhamdulillah..
then,dR kate nak buat xray ntok check poapru2 ayah aku..
paru2 ponk ok...
so,Dr kate,ayah aku sakit kpala sbb BP terlmpau tinggi!.
aku rase lega skit sbb yang lain sume ok..
then,lpas settle sume,Dr. tahan ayah aku dok wad!..
dlm hati aku,mmg xnk ayah aku msok wad..
sbb susah!..
aku dah ade pengalaman dulu ngn arwah umi,
mmg susah nk jge dlm wad..
nk kene tahan karenah nurse,kerenah security kat sane!...
huh!..
mmg menjengkelkan..
plus nak berulang ke rumah pyh!..
ayah aku nih msti nak kene ade yang jage!..
so,aku ponk pjuk la dR. tuh ckp,xpyh msokkan ayah aku nih dlm wad..
tp dR. still dgn kputusan die..
die ckp takot ayah makin teruk dan boley menyebabkan strok!.
aku ponk xde kuase lagi dah...aku stuju jek la...
mlm tuh pkol 4,ayah incharge wad.
bile dah msok wad,aku mmg xdpt tdo la kan..
mase tuh ayah ok sket la..
mate mengntuk,tp tahan jek la..
adik aku kat sbelah da tlentok2 da.
esoknyer,adik bradik ayah aku dtg ziarah!..
nmpak ayah smkin ok..
mlm ke 2 ayah kat wad,kklong amik turn!
aku igt ankblik umah,tp mmg xlarat sgt dah..
kpale aku sakit sgt!.
plus, ayah ponkmmg xkasi aku balik umah..
then aku dcide tmpg tdo umah pakcik aku kat sbn gak!
mlm tuh sblom tdo,kklong bg mcg kate dR. bg ayah discharge esok pagi..
Alhamdulillah....

*note: aku ase kalau org sakit,bile msok wad,makin sakit ade la..
yela,,mne x nyer,tgok suasane org sakit jek!bek dok umah!ehhee
so far ayah ok! alhamdulillah...



~aku wanita biasa~

Selasa, Februari 1

tagged~25 things random about me

seminggu dah xupdate new entry..ehehhe
almaklom la...
bz sket bile dah balik rumah nih...
bnyak bnda nak kene settle..
plus,my daddy masok hosp baru2 nih..
tp da discharge 2 hari lpas..
alhamdulillah..everything's going well..

nak update entry pasal ayah masok wad ponk xsempat...
xtually,ayah kene tahan wad sbb high bP..
sgt tinggi!..xpe later ade mse,aku update story pasal ayah k..
now nak update pasal '25 things random about me' yang telah di tag oleh sis chinatsu

jom checkitout!



1] suke kaler merah sgt2!!...
2] suke kaler oren jugak!.
3] cumel+chubby
4] suke mkn chocolate black forest...
5] ank ke 2 dari 5 org adik bradik..
6] ada sorg ayah yang tegas,tp sgt ade sense of humor..;)
7] suke buah limau..(mybe sbb tuh aku suke kaler oren kot)
8] xsuke org yang hipokrit
9] hate smoker.
10] suke mknn pedas...
11] suke bace love story novel
12] suke menyanyi...
13] minat lagu nasyid!...
14] xsuke lagu2 yang menyakitkan telinge...
15] suke pndam@simpan perAsaan slagi boleh..
16] seorang yang sgt happy go lucky!..
17] xberape suke tgok filem seram kat dlm wyg!..takot~
18]jenis yg cpt marah dan cpt cool...
19]xsuke org yg ambil kesempatan ke atas diri
20]suke shopping!
21]suke makeup2 mengandam org...ehhehe
22]suke masak!..try new recipe...
23]bercita2 nak bukak kedai bakery satu hari nnti...
24]pencinta yang setia...~kot
25]xsuke sbjek membace dan menghafal...datz y amik major math!...xD






~aku wanita biasa~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Right Beside You (Love Story in Harvard)..