BLOg Nih adalah tempat untuk aku luahkan segala ape yang aku rasa...sesape yg xpuas ati,,suke ati la...sbb nih blog aku k.. kat sini jek satu2 tmpat untuk aku luahkan segala nya...so,,i dont care!!!...blablabla..

Ahad, November 27

Salam Maal Hijrah 1433H

Hye Peeps!
Sedar xsedar, kite dah pun masuk tahun baru hijrah..Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433H semua! dan, sebulan lagi kite akn menyambut tahun baru masihi.masa begitu cepat berlalu. sem 5 kat UTM ponk dah nak berakhir..skrg, sebuk nak prepare study untuk test 2 sekaligus prepare untuk menghadapi final exam sem 5…
next sem, will be the last sem for me insyallah!...then, I’ll be graduated!..yeayyy!


~aku wanita biasa~

Selasa, November 1

kawen awal,trend terkini!~salah ke?

Its November already!..dah nak ujung2 tahun nih, ramai la yang akan melangsungkan perkahwinan masing2 dengan orang yang dicintai. Musim mengawan la katekan…heehehe. Bercakap psal kahwen, skrg, dah menjadi trend dlm kalangan remaja berkahwin awal…(tapi rasenye nih bkn trend baru la, coz org dulu2 yang sebuk kawen awal,,am I rite?) so, boley dikatekan duniaback to the past? So, rase2 kawen awal nih satu kesalahan ke?


Xtually, ak berminat nak kongsi pasal kawen nih bkn ape..ramai kawan aku yg dah kawen..suami belajar, si isteri ponk belajar. Cmne dorg nak adapt dgn suasana tuh ek? Kalu ikot hati aku yang gatal nih, mmg nak kawen awal jugak!..tp aku rase ak x seyakin dorg la…btw, congratez to kawan2 yang dah bersuami @ beristeri…semoga korg dpt tempuh hidup bersama selamanya…aku tumpang gembire..but, jgn lpe doakan aku cepat kawen jugak ek..ehhehehe..




Jom bace artikel nih…artikel nih aku dpt dari sorg kakak senior..die suh aku bace, and xsalah kalau aku kongsi kat sni buta tatapan semua..kn?jom bace!




Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)


Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.


1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?


Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?


2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?


Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.


Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)


3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?


Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.


Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)


4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?


Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.




Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)


5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?


Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.




6. Macam mana dengan restu ibu bapa?


Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.


Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)


Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.


Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)


Nak share blog of one of my friend yang dah kawen, jom stalk!---> yourlifeforme




~aku wanita biasa~

Isnin, Oktober 17

Jangan Terlalu Mencari yang Sempurna~


Jika kamu memancing ikan…… 
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja……
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN…tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU…MENGASIHIMU…dan MENCINTAIMU…
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI…kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA…itu lebih BERMAKNA!“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah kan tumbuh yang hilang kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”



*p/s: JANGAN TERLALU MENCARI YANG SEMPURNA KERNA TIADA YANG SEMPURAN DI MUKA BUMI INI MELAINKAN ALLAH~

renung2kan.~


~aku wanita biasa~

Isnin, September 19

express update

hye guyz!..lame xupdate story dlm laman nih ...
aku ponk sdg sebuk memulakan sem baru kat UTM...alhamdulillah..sudah ponk memulakan sem 5 tahun akhir di UTM terchenta..
now, sedang sebuk mencari maklumat untuk memulakan thesis.almaklumlah..sudah menjadi final year student..so, sebuklah dgn thesis bagai...
secara overall nyer, sem nih mcm xbest..xtaw kenape..org sume seronok sbb dah jd senior..tp aku?buhsan!..tension!..huh..xsuke...
aku harap perasaan nih hanya sekejap cuma...amiiin...
~aku wanita biasa~

Selasa, Ogos 9

ahlan Ya Ramadhan kareem~

Ok...sedar xsedar kite dah ponk msok bulan Ramadhan almubarak..bulan yg mulia, bulan untuk kite umat islam kumpul pahala~
today dah 9 hari kite berpuasa..mase mmg pantas berlalu…kejap jek dah 9 Ramadhan, padahal rase mcm bru jek pose hari pertama hari tuh..
Alhamduliilah, selama 9 hari berpose  nih, aku xpernah ponteng lagi la…tipu la kalau xponteng lgsung kan nnti…dah namenyer perempuan, ade la yg lopongnyer nnti…

bulan pose kali nih kire best gak la sbb fully kat rumah…xkesah la walauponk bukan rumah sendri sbb aku dok rumah makcik ak oleh kerana kerja ka ON nih…atleast kat rumah jugak, sbbb dpt msk juadah berbuke sendri..so far, selama 9 hari berpose nih,ak xpenah lagi pergi bazaar..percaya x?sbb dok umah makcik aku nih,mcm syurga mknn,,,dok 4 org, tp juadahnyer mcm mkn 10 org.makcik aku nih jenis suke hiding lauk bnyak2…tp tukang mknnyer, aku sorg jek…ahahahhahha..makin cumel lah aku dok sni~
tp aku xdela berbuke smpi 10 pinggan..pling standard tuh sekali tmbah la…ehhehe..bg aku, kuih muih xpenting, tp yg penting ayok!..ckp psal air, kalau dok umah makcik aku nih, berbuke dgn air kosong jek…mesti korg kate xnikmat lgsng!..memule tuh aku xboley trime gak la..org len berbuke ngn air sedap2 dengan lelehan ais di permukaan gelas, tp aku buke ngn air ksong jek…lame2 ak bese jek…tp bile balik rembau,,jgn harapla nk mnum air kosong…air sejuk gak la aku teguk!...ehehhehe..

So, dikesempatan ini, aku rase xdela lmbat sgtkan aku nak wish hepy Ramadhan kareeems to all~
Semoga ramadhan kali nih member seribu satu rahmat kepada kalian~..Amiiiiinnnnn…:D

~aku wanita biasa~

Khamis, Julai 14

disebalik Internship Presentation to Genaral Manager

hye all???
mlm nih nak update pasal 'internship presentation dgn GENERAL MANAGER of ON SEMICONDUCTOR'..
xtually, this is the first time yg dorg organize this session,,,selame nih, aku tnye akk kat opis tuh, dorg kate xpenah ade lagi..
so, bg meningkat kan mutu internship program, dorg adekan this session...
bg aku sesi nih mmg patotla diadakan sbb kire sesi suai kenal jugak la dgn seluruh manager, supervisor and of course dgn GM...
memule tuh mmg cuak la kan..maklumlah..nk kne present dpn Bos BESAR! mane x cuak..
selama aku blaja kt UTM tuh, present dpn lecturer ponk kdg2 bdebar..apetah ;lagi dpn bos yg nk menilai kite..
aku dpt taw psal this session ponk dah lmbat..3 hari sbelom..sbb sebok sgt buat report CLOSING.
ade mse 2 hari jek nk prepare material untuk present!...memule rase mcm xsmpt, naseb bek idea dtg cpt!...
alhamdulillah, ape yg aku rncg nk ckp, tekeluar dr mulut...nmpak gaya GM sgt impressed!...mase salam tuh die siap ckp, 'very good, u did a good job! well done''..hati aku berbunga2 ok..
bersyukur sgt dgn die suke presentation aku..igtkan GM nih grg,skema,tp xla mcm yg aku sgka..ngeee..
kalau ade rezeki aku kat ON, aku x tolak!...xsia2,,,aku rase bertuah dpt buat praktikal kat company nih!.


~aku wanita biasa~

Selasa, Julai 5

Dugaan again and again~

Now kat opis..dah 2 mlm xckop tdo!..mngntuk gile buat reporting nih!.xtually, aku bukan nk cter pasal opis,..aku nk story psal dugaan…ari ahad arituh, my daddy was admitted to hospital..asyik2 dugaan dlm hidup aku.tp Alhamdulillah, smlm ayah aku dah discharged.thnx kat kawan2 yg doakan my daddy …

Setiap manusia nih xkan pernah lari dari dugaan, masalah, cabaran, kesempitan..sbb semua itulah yg mengajar kite erti kehidupan..aku tertarik dgn script dr sorg ustaz dlm drama ‘stanza cinta’.lebih krg cmnih la.

bile kate rase susah, rasa terhimpit, bukan kite sahaja yg susah..ade lagi org yg susah dr kite..Allah sayang kite, maka Allah bg ujian kat kite untuk naikkan lgi martabat kite…

Bile difikirkan, bnyak nyer dugaan yg aku terima selama aku hidup..xpernah rase senang..xtertanggung rasenyer!..tp apekan daya, kene jugak tempuh!...bile ikutkan hati, rase mcm xpuas hati..kenapa Allah asyik bg ujian jek kat aku and family..bile difikir semula,aku teringt mksud ayat dlm al-Quran berbunyi:-
Allah xkan bg musibah melainkan Allah tahu org tersebut melalui dugaan dan musibah itu..

mgkin Allah tahu aku kuat..tp kuatkah aku??Allah yakin dgn aku, knpe aku xyakin dgn diri aku??????!!!!
ape2 pun aku ttp bersyukur dgn nikmat mu ya Allah…T_T

~aku wanita biasa~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Right Beside You (Love Story in Harvard)..